Friday, January 4, 2013

CERITERA

Pejam celik pejam celik sekejap je da masuk tahun baru 2013 kan? Makin hari makin rasa sudah tua aku ni. Tapi orang cakap makin tua makin comel..haha..(perasan diri comel kejap). 

Bagi aku tahun 2012 banyak mengajar aku erti kesabaran, ketabahan, kekuatan dan kekalahan. Banyak benda dah berlaku sepanjang tahun 2012 ni, suka dan duka, dalam kehidupan tak kira aku sebagai seorang anak, sebagai sebagai seorang adik bongsu dalam keluarga, sebagai seorang setiausaha pejabat, sebagai seorang "girlfriend" , sebagai seorang kawan dan etc etc....

Permulaan tahun 2012 dulu aku mengalami situasi yang sangat memberikan aku harus berdikari dan harus lari dari kekecewaan yang berlaku pada diri aku. Tetapi aku jumpa semula kebahagiaan aku dan insyaallah akan terus bersama. Alhamdulillah dengan perlahan aku melalui selok belok kerjaya aku di UKM dan selesa mencari rezeki di sini. Awal 2012 juga aku dapat memiliki kenderaan sendiri, woww!! rasa seronok sangatt...hehe,WWH4540 (wahh wanita hot??) haha...hot la sangattt....Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan dariMu Ya Allah. 

Pertengahan 2012 juga, bulan Julai sebelum umat islam menjalani ibadah puasa, aku dan family menerima berita yang sangat merisaukan dan sangat sedih, doktor mengesahkan mak aku ada penyakit kanser usus. Ya Allah, luruh jantungku dengar perkara ini. Sebelum puasa, mak menjalani pembedahan usus, iaitu pembuangan usus besar, lepas ni mak aku kena guna "beg" untuk membuang air besar, sebab itu sahaja cara untuk memulihkan penyakit itu dari berlarutan. Aku dan family redho dengan keputusan doktor, dan sangat merisaukan keadaan mak. Anak mana yang sanggup melihat ibu terlantar kesakitan di hospital. 

Alhamdulillah, berkat doa kami sekeluarga, sanak saudara, sahabat sekalian mak sihat walafiat. Tetapi sekarang mak perlu buat rawatan susulan (kimoterapi). Setiap kali melihat mak terlantar di hospital aku mesti mengalir air mata tengok mak. Insya Allah semoga mak sihat seperti sedia kala. Abah aku juga aku sentiasa doakan sihat walafiat, aku sayang sangat dengan mak abah aku. Berkorbanlah apa juga demi ibu bapa kita, jangan sesekali kita hampakan mereka. Ingatlah pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita. Selagi mereka masih ada hargailah mereka, jangan menangis tak ingat dunia jika mereka sudah tiada kelak.

Pengakhiran tahun 2012, aku syukur dengan rezeki yang kau kurniakan kepada aku. InsyaAllah, 2013 ini aku harus BERANI melakukan sesuatu pembaharuan dalam diri aku. Banyak sangat impian yang ada dalam diri aku ini, aku harus memastikan segala impian ini tercapai. Insya Allah... Aminn..aminn..aminn...

# Berubahlah kerana ALLAH walaupun pada permulaan kita berubah menjadi baik kerana orang lain. Insya Allah PENGAKHIRANNYA pasti baik..#



Thursday, January 3, 2013

2013

....Selamat Tahun Baru 2013....


ALHAMDULILLAH aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Mu ini. 
Kalau sebut tahun baru je mesti orang bertanyakan tentang apa azam tahun baru?? 
Azam aku?? hurmm... Rasanya azam 2012 pun ada yang tak tercapai lagi, InsyaAllah.. jika ada usaha dari diri sendiri mungkin apa yang kita impikan akan tercapai. Doa dan tawakal juga perkara terpenting jika kita mahukan sesuatu. InsyaAllah..Allah Maha Mendengar..(",)

Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN, tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN..Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka..tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita ... jalan yang dipilih ALLAH itu akan indah pada masanya..